Kamar-kamar Di dalam Surga
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di
dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan
hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat
pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai
Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan
salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk
mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap
dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi
salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi
makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti
termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya'
dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat
malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan
sabdanya kepada sahabatnya.
Wallohu A’lam Bissowwab……
0 komentar:
Post a Comment